BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 27, 2009





Jurucakap Kumpulan Hamas, Mushir Al-Masri, berkata bahawa cita-cita Israel untuk memperluaskan lagi wilayah jajahannya musnah akibat tentangan yang dilancarkan oleh pejuang-pejuang Palestin sejak lima tahun lepas.Rundingan demi rundingan yang diadakan selama 10 tahun tidak membuahkan apa-apa hasil tetapi kejayaan yang dicapai pada hari ini adalah hasil perjuangan bersenjata yang dilancarkan keatas pihak penjajah.

Mushir, di dalam kenyataannya kepada akhbar, memberitahu bahawa kekalahan Israel di Semenanjung Gaza menandakan tempoh jajahan Israel akan berakhir di Palestin.Jurucakap Hamas itu juga berkata bahawa kumpulan pejuang akan sentiasa memainkan peranan di dalam menggagalkan usaha Israel untuk memperluaskan wilayah taklukannya di Tebing Barat meskipun wujudnya tembok pemisah.

Israel dan Amerika Syarikat

Hubungan dua hala Israel-Amerika Syarikat merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah. Kongres Amerika Syarikat meletakkan keutamaan dalam hubungan dua hala yang erat dan saling tolong-menolong. Sokongan ketara ke atas Israel adalah pemberian bantuan luar yang sentiasa dipantau oleh Kongres selain daripada isu lain yang yang timbul dalam hubungan dua hala. Sikap mengambil berat Kongres ini telah mempengaruhi polisi pentadbiran dalam jangka masa lebih kurang 60 tahun sehingga ke hari ini.

Hubungan dua hala ini telah berkembang dari polisi bersimpati dengan nasib Yahudi dan sokongan untuk penubuhan satu negara Yahudi pada tahun 1948 ke satu perkongsian luar biasa yang menghubungkan negara kecil tetapi kuat dari segi ketenteraan iaitu Israel, kepada kebergantungan dengan Amerika Syarikat untuk kekuatan ekonomi dan ketenteraannya, pada masa yang sama kuasa besar seperti Amerika Syarikat untuk mengimbangi kepentingannya di rantau Timur Tengah. Sesetengah warga Amerika mempersoalkan komitmen yang diberikan kepada Israel, dan berhujah bahawa komitmen ini bertentangan dengan hubungan di antara A.S. dengan negara-negara Arab yang lain. Selebihnya pula berpendapat bahawa negara demokrasi Israel merupakan sekutu strategik dan hubungan dua hala, dengan Israel memperkuatkan pengaruh Amerika di Timur Tengah.[1] Israel merupakan salah satu daripada dua negara sekutu asal bukan dari gabungan NATO di Timur Tengah. Kini terdapat tujuh negara sekutu bukan NATO di Timur Tengah Besar.